Make your own free website on Tripod.com
Bangunan PPD MuarSejarah persekolahan di daerah Muar bermula seawal tahun 1883 iaitu dengan tertubuhnya Sekolah Melayu Padang pada tahun tersebut. Pada tahun 1883 hingga tahun 1900, pentadbiran sekolah-sekolah di daerah Muar adalah di bawah kuasa Pentadbiran Jabatan Pelajaran Johor, di Johor Bahru. Apabila sekolah bertambah banyak, Pentadbiran Jabatan Pelajaran Johor memindahkan pengelolaan sekolah-sekolah daerah Muar ke Muar bermula pada tahun 1901. En. Awang bin Bachok dilantik sebagai Inspector of School (Muar) pada tahun 1901. Pada tahun 1918 En.Awang bin Bachok ditugaskan mengurus bahagian Malay Education Department, manakala pengurusan English Education Department diserahkan kepada En.H.Mortimer sebagai Master In Charge. Mulai tahun 1928, jawatan Nazir Sekolah-sekolah bertempat di daerah Muar diwujudkan dan disandang oleh En.Abd.Shukur bin Ismail.
Di bawah disenaraikan Ketua-ketua Pentadbiran Sekolah-Sekolah daerah Muar bermula 1896 hingga 1998.

Tahun
Nama
Jawatan
1896-1900 En.Awang bin Bachok Setiausaha Hal Ehwal Sekolah Muar
1901-1913 En.Awang bin Bachok Inspector of Malay School
1900-1928 Hj.Andak bin Hj.Jamak Penolong Pemeriksa Sekolah Muar
1928 En.A.R.Chessman Pesuruhjaya Sekolah Muar
1928-1931 Hj.Abd.Shukor Ismail Penolong Nazir Sekolah Muar
1931-1941 Hj.Abd.Shukor Ismail Nazir Sekolah Muar
1942-1945
En.Sato San
En.Hamidon bin Andak
Penguasa Pelajaran (Sidokan) di JB Mengelola daerah Muar
1945-1955 En.Mohammad Dato' Ahmad Penolong Nazir Sekolah Muar
1956-1957 En.Abd.Majid Othman Pengelola Sekolah Muar
1957-1958 En.Mohd.Taib Ibrahim Penolong Pengelola Sekolah Muar
1957-1958 En.Mohd.Taib Ibrahim Pen.Pengelola Sekolah Kebangsaan
1958-1960 Hj.Mohd.Noh Md.Manaf Pen.Pengelola Sekolah Muar
1961-1965 En.Ali bin Roslani Pen.Pengelola Sekolah Kebangsaan
1966-1970 En.Ghazali b Abd.Rahman Pen.Pengelola Sekolah Kebangsaan
1970-1972 En.Abu Bakar bin A.Samad Pen.Pengelola Sekolah-Sekolah
1972-1982 Tn.Hj.Idris bin Salim Pengelola Sekolah-Sekolah Muar
1982-1986 En.M.Zin bin Sham Pegawai Pendidikan Daerah Muar
1986-1994 Tn.Hj.Omar b Abd.Rashid Pegawai Pendidikan Daerah Muar
1994-1995 En.Rashdi bin Ramlan Pegawai Pendidikan Daerah Muar
1995-1997 En.Abd.Rahim bin Omar Pegawai Pendidikan Daerah Muar
1998-1998 Tn.Hj.Hashim bin Kahat Pegawai Pendidikan Daerah Muar
1998-2002 Tn Hj Zainal bin Nong Pegawai Pendidikan Daerah Muar
2002- Pegawai Pendidikan Daerah Muar

Lawatan Pengarah JPNJ

Lawatan Pengarah JPNJ
Koleksi gambarfoto boleh dilihat dalam album foto kami

Laman Utama

Pejabat Pendidikan Daerah Muar