
Sejarah persekolahan di daerah Muar bermula seawal tahun 1883 iaitu dengan tertubuhnya
Sekolah Melayu Padang pada tahun tersebut. Pada tahun 1883 hingga tahun
1900, pentadbiran sekolah-sekolah di daerah Muar adalah di bawah kuasa Pentadbiran
Jabatan Pelajaran Johor, di Johor Bahru. Apabila sekolah bertambah banyak,
Pentadbiran Jabatan Pelajaran Johor memindahkan pengelolaan sekolah-sekolah
daerah Muar ke Muar bermula pada tahun 1901. En. Awang bin Bachok dilantik
sebagai Inspector of School (Muar) pada tahun 1901. Pada tahun 1918 En.Awang
bin Bachok ditugaskan mengurus bahagian Malay Education Department, manakala
pengurusan English Education Department diserahkan kepada En.H.Mortimer
sebagai Master In Charge. Mulai tahun 1928, jawatan Nazir Sekolah-sekolah
bertempat di daerah Muar diwujudkan dan disandang oleh En.Abd.Shukur bin
Ismail.
Di bawah disenaraikan Ketua-ketua Pentadbiran Sekolah-Sekolah daerah Muar bermula 1896 hingga 1998.
Tahun
|
Nama
|
Jawatan
|
1896-1900 |
En.Awang
bin Bachok |
Setiausaha
Hal Ehwal Sekolah Muar |
1901-1913 |
En.Awang
bin Bachok | Inspector
of Malay School |
1900-1928
|
Hj.Andak
bin Hj.Jamak | Penolong
Pemeriksa Sekolah Muar |
1928 |
En.A.R.Chessman
| Pesuruhjaya
Sekolah Muar |
1928-1931 |
Hj.Abd.Shukor
Ismail | Penolong
Nazir Sekolah Muar |
1931-1941 |
Hj.Abd.Shukor
Ismail | Nazir
Sekolah Muar |
1942-1945 |
En.Sato San
En.Hamidon bin Andak
|
Penguasa Pelajaran
(Sidokan) di JB Mengelola daerah Muar
|
1945-1955 |
En.Mohammad
Dato' Ahmad |
Penolong
Nazir Sekolah Muar |
1956-1957 |
En.Abd.Majid
Othman | Pengelola
Sekolah Muar |
1957-1958 |
En.Mohd.Taib
Ibrahim | Penolong
Pengelola Sekolah Muar |
1957-1958 |
En.Mohd.Taib
Ibrahim | Pen.Pengelola
Sekolah Kebangsaan |
1958-1960 |
Hj.Mohd.Noh
Md.Manaf | Pen.Pengelola
Sekolah Muar |
1961-1965 |
En.Ali
bin Roslani |
Pen.Pengelola
Sekolah Kebangsaan |
1966-1970 |
En.Ghazali
b Abd.Rahman |
Pen.Pengelola
Sekolah Kebangsaan |
1970-1972 |
En.Abu
Bakar bin A.Samad |
Pen.Pengelola
Sekolah-Sekolah |
1972-1982 |
Tn.Hj.Idris
bin Salim |
Pengelola
Sekolah-Sekolah Muar |
1982-1986 |
En.M.Zin
bin Sham |
Pegawai
Pendidikan Daerah Muar |
1986-1994 |
Tn.Hj.Omar
b Abd.Rashid |
Pegawai
Pendidikan Daerah Muar |
1994-1995 |
En.Rashdi
bin Ramlan |
Pegawai
Pendidikan Daerah Muar |
1995-1997 |
En.Abd.Rahim
bin Omar |
Pegawai
Pendidikan Daerah Muar |
1998-1998 |
Tn.Hj.Hashim
bin Kahat |
Pegawai
Pendidikan Daerah Muar |
1998-2002 |
Tn Hj Zainal bin Nong |
Pegawai
Pendidikan Daerah Muar |
2002- |
|
Pegawai
Pendidikan Daerah Muar |